Ahad, 14 Oktober 2012

Teknik Selendang 2




 Assalamualaikum, pe kabar semua? Hope u all sht selalu, amin..

  Seperti yg dijanjikan, sy akan ajar lak tutorial seterusnya utk pakai selendang. Actually, stepnye sama jer. cuma,ada la beza ckit. Teknik kali ni supaya tudung selendang yang jarang nmpak leher bila dipakai gaya ni, blh la tutup  leher.


 Pertama sekali, letakan selendang di atas kepala dgn kedudukan sblh kanan lbh pendek. Pastu, tarik sblh kanan ke sisi telinga kiri spt ni, dan pinkan dengan kerongsang pilihan korg. Kalau takut jatuh, pinkan dari dalam dulu dgn pin peniti tu.






 Next step, korg tgk amek lebihan yg berjuntai kat sisi telinga kiri tu, tarik dan pinkan kat bahu. supaya tutup dada dan aset seorang muslimah.



 Then, amek selendang bhgn kiri pula, tarik ke bahagian atas kepala mcm selalu. Hehe..Pastu, korang just sematkan sekali dgn kerongsang yg kat sisi telinga kiri tadi tu. Pastu, pinkan bawah dagu pula supaya lebih kemas. Siap! Senangkan?




Siap dah. Pic bawah ni korg leh nampak tudung tu tutup dada dan kedudukannya yg rapi.


          SELAMAT MENCUBA!













Jumaat, 5 Oktober 2012

Style Tudung Selendang


Assalamualaikum,

Hai, hari ni ika nk berkongsi sedikit cara nak pakai selendang yg berfesyen la.hehe.. Ika pasti, ramai yg nak berfesyen, tapi kurang tahu. So, Ika pn tak lah pandai sgt. Hanya nak membantu.

 Ok lah, 1st sekali, ambil selendang. Tak kisah la jenis cam mana. Pastu, amek bahagian bucu ataupun hujung selendang, naik kat atas kepala dan pinkan.





 Lepas tu, bahagian yang panjang tu, ikutlah sebelah kanan or kiri korang, tarik ke sebelah. Contohnya, kalau bahagian panjang tu kanan, tarik ke bahagian kiri. Tapi, bila tarik ke kiri tu, pastikan tarik dari dalam, bukan tarik ke luar. Macam ni ek.


 Kemudian, tarik ke atas. So, jadi cm ni.

 Pastu, korg adjust lak bahagian bawah iaitu bahagian dada. Tarik lebihan tadi tu supaya center. Kalau bahagian dalam tu jadi tebal, tarik dari dalam iaitu bahagian yg tebal ke sebelah dan pinkan.





Ok, bahagian dada dah tutup. Fesyen, fesyen gak. Yg penting, aurat ek... Ok, pastu, kita adjust balik bahagian kepala. Sebenarnya, senang jer. Tapi, nak hurai bagi faham yg jg panjang. Hehe..

 Bahagian sisi telinga kanan, kalau korang nak lagi kemas, korang adjust dgn lipat sedikit mcm gmbr di bwh ni, pastu letak jarum peniti supaya tak jatuh.



Ha, jadi dh. Macam ni pun ok dh kalau malas nk siap2 bnyk.hehe.. Tapi, kalau nak lebih lagi cantik, sebelah sisi telinga kiri, korang buat step yg sama mcm sisi telinga kanan, korang lipat sedikit, pastu pinkan.




Ha, siap pun. Kejap jer. Hehe... Inilah hasilnya. Nanti ika ajar lagi ek cara-cara atau fesyen tudung yang lain.
Selamat mencuba!

















Selasa, 11 September 2012

Asas Make-Up

  Apa khabar semua? Hari ni, Ika ingin berkongsi beberapa tips iaitu asas kepada cara-cara make up. Mungkin bagi sesetengah orang yang telah biasa make-up, tiada masalah. Tetapi, apa salahnya kita berkongsi ilmu kan? Jom kita lihat!

Langkah pertama, setelah mencuci muka, sapukan toner, diikuti dengan moisturizer@pelembap, dan krim siang supaya dapat melindungi kulit dari sinaran uv yang berbahaya.

 Kemudian, sapukan foundation tak kisah la jenis produk apa,asalkan sesuai dengan kulit anda. Foundation ini berfungsi menutup kesan cela seperti jerawat pada wajah anda


 Setelah itu, ratakan foundation ke seluruh wajah termasuk bawah dagu supaya nampak sekata dengan kulit dan tidak nampak berbalam. Setelah itu, sapukan bedak ke seluruh wajah. Bedak yang digunakan juga terpulang kepada anda.



 Seterusnya, sapukan pipi merah mengikut bentuk wajah anda. Sekiranya wajah anda jenis cengkung dan ingin mendapatkan pipi yang gebu, sapukan secara menaik mengikut tulang pipi. Tapi, bagi seseorang yang mempunyai wajah bulat,elakkan melakukan teknik sedemikian kerana boleh menampakkan wajah anda bertambah bulat.


 Selepas Pipi merah di sapu, beri pula perhatian pada mata anda yang cantik itu! Gunakan eye liner untuk mendapatkan mata yang galak dan sebagainya. Teknik memakai eye liner bagi yang belum pernah mencuba, tarik hujung mata anda menggunakan jari hantu, kemudian lukiskan eye liner pada bahagian atas dengan sekali caritan. Elakkan daripada menarik berulan-ulang kali kerana boleh membuatkan mata anda nampak tidak seimbang. Untuk di bahagian bawah, tarik pula bahagian bawah mata dan sama seperti bahagian atas.

  Kemudian, sapukan eye shadow kepada kelopak mata anda. Tidak perlu terlalu tebal kerana mata anda akan nampak pelik dipandang. Pemilihan warna terpulang kepada anda. Sebaiknya, sesuaikan dengan majlis atau tempat yang ingin dituju, dan warna baju.



 Akhir sekali, sapukan lipstik atau gincu kepada bibir anda yang menggoda. Warna lipstik juga mengikut cita rasa masing-masing. Untuk ke pejabat atau kuliah, seeloknya memakai warna yang lembut supaya tidak nampak keterlaluan. Sekiranya ingin menghadiri majlis-majlis rasmi, warna terang atau gelap boleh digunakan.

Inilah hasilnya! Walaupun simple,tetapi boleh bergaya!Hehe.. Selamat mencuba.