Langkah pertama, setelah mencuci muka, sapukan toner, diikuti dengan moisturizer@pelembap, dan krim siang supaya dapat melindungi kulit dari sinaran uv yang berbahaya.
Kemudian, sapukan foundation tak kisah la jenis produk apa,asalkan sesuai dengan kulit anda. Foundation ini berfungsi menutup kesan cela seperti jerawat pada wajah anda
Setelah itu, ratakan foundation ke seluruh wajah termasuk bawah dagu supaya nampak sekata dengan kulit dan tidak nampak berbalam. Setelah itu, sapukan bedak ke seluruh wajah. Bedak yang digunakan juga terpulang kepada anda.
Seterusnya, sapukan pipi merah mengikut bentuk wajah anda. Sekiranya wajah anda jenis cengkung dan ingin mendapatkan pipi yang gebu, sapukan secara menaik mengikut tulang pipi. Tapi, bagi seseorang yang mempunyai wajah bulat,elakkan melakukan teknik sedemikian kerana boleh menampakkan wajah anda bertambah bulat.
Selepas Pipi merah di sapu, beri pula perhatian pada mata anda yang cantik itu! Gunakan eye liner untuk mendapatkan mata yang galak dan sebagainya. Teknik memakai eye liner bagi yang belum pernah mencuba, tarik hujung mata anda menggunakan jari hantu, kemudian lukiskan eye liner pada bahagian atas dengan sekali caritan. Elakkan daripada menarik berulan-ulang kali kerana boleh membuatkan mata anda nampak tidak seimbang. Untuk di bahagian bawah, tarik pula bahagian bawah mata dan sama seperti bahagian atas.
Kemudian, sapukan eye shadow kepada kelopak mata anda. Tidak perlu terlalu tebal kerana mata anda akan nampak pelik dipandang. Pemilihan warna terpulang kepada anda. Sebaiknya, sesuaikan dengan majlis atau tempat yang ingin dituju, dan warna baju.
Akhir sekali, sapukan lipstik atau gincu kepada bibir anda yang menggoda. Warna lipstik juga mengikut cita rasa masing-masing. Untuk ke pejabat atau kuliah, seeloknya memakai warna yang lembut supaya tidak nampak keterlaluan. Sekiranya ingin menghadiri majlis-majlis rasmi, warna terang atau gelap boleh digunakan.
Inilah hasilnya! Walaupun simple,tetapi boleh bergaya!Hehe.. Selamat mencuba.